Tuesday, March 23, 2010

Pertemuan PERKASA di Bandar Tasik Selatan

Malam ini (22 hb. Mac 2010), aku dijemput menghadiri perjumpaan PERKASA di Bandar Tasik Selatan. Ia adalah anjuran PERKASA Bandar Tun Razak.

Biasalah sebelum majlis bermula, hadirin akan menekmati makan malam yang bermula pada 8:00 malam. Dan kira-kira jam 9:00 majlis bermula dengan ucapan kata-kata aluan daripada urusetia dan beberapa pemimpin PERKASA peringkat Bahagian Bandar Tun Razak

Pada malam itu majlis mendengar ucapan oleh YB Datuk Ibrahim Ali, iaitu Presiden PERKASA. Ucapan beliau dibuat selepas ucapan beberapa pemimpin PERKASA Bandar Tun Razak.

Aku difahamkan PERKASA Bandar Tun Razak adalah kawasan PERKASA yang paling aktif. Tahniah kepada pemimpin PERKASA daripada Bandar Tun Razak.

Aku berasa bangga kerana mendapat penerangan jelas mengenai PERKASA. PERKASA atau nama rasminya ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia adalah satu pertubuhan berasaskan kepada kemelayuan khususnya hak-hak dan kepentingan mengenai orang-orang Melayu.

Penubuhan PERKASA ada kaitan langsung dengan kekalahan besar Barisan Nasional pada Pilihanraya Ke-12 terutamanya kerusi-kerusi UMNO. UMNO yang selama ini dikatakan mewakili kepentingan orang Melayu sudah menjadi tidak relevan bagi menjaga kepentingan orang Melayu.

Lanjutan daripada kekalahan kerusi-kerusi UMNO...yang menunjukkan Melayu semakin lemah, puak-puak bukan Melayu sudah mula berani dan mencabar dasar dan keputusan yang melibatkan orang Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri hampir tidak berdaya melawan, dan sekiranya terus mempertahankan diri bagi membela orang Melayu akan melemahkan lagi kedudukan pemimpin Melayu khasnya, dan Barisan Nasional amnya.

Lanjutan daripada senario di atas, Datuk Ibrahim Ali serta rakan-rakannya telah berjaya membentuk PERKASA atau Petubuhan Pribumi Perkasa Malaysia bagi mempertabat dan memperjuangkan hak-hak orang Melayu di mana keahliannya terbuka kepada semua lapisan tanpa mengira fahaman politik.

Pertubuhan ini telah didaftarkan pada bulan September 2008.

Samada Pertubuhan ini relevan dalam memperjuang, mempertahan dan meningkatkan mertabat dan hak-hak orang-orang Melayu pada masa hadapan, ia bergantung kepada orang Melayu sendiri...

2 comments:

  1. Bukan Cina, India,kerajaan Malayia, al Jazeera, dunia yang cuma kata Perkasa itu pertubuhan perkauman yang bodoh tetapi ramai sekali orang-orang Melayu yang juga yang mempunyai pendapat yang sama. Nampaknya mereka yang dalam Perkasa ni bodoh dan cetek kepala otaknya.Lumrah dunia, bila banyak pihak yang menentang satu pihak maksudnya yang pihak yang satu tu bersalah ,tak nak menjaga hati semua orang, bodoh,bodoh, lemah, lemah.Perkasa cuma akan melemahkan Melayu.Melayu spt saya belajar berdikari tanpa memerlukan sebarang bantuan dan tak pernah dapat pun dari kerajaan, tidak perlukan Perkasa.Tak caya Melayu pun BENCIKAN PERKASA, nah masuk sini

    http://www.facebook.com/pages/KAMI-MENENTANG-PERKAUMAN-PERKASA/104726139567180?ref=mf

    ReplyDelete
  2. KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA TELEKOMUNIKASI SEMENANJUNG MALAYSIA (NUTE)

    29hb. Mac 2010
    NUTE 1406 (03)

    Kepada:

    PENGERUSI CAWANGAN NUTE
    SETIAUSAHA CAWANGAN NUTE





    Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan NUTE bersama Pihak Pengurusan TM telah membuat ketetapan dan persetujuan mengenai Perjanjian Bersama Ke Lapan TM/NUTE seperti yang dicadangkan oleh Ahli-Ahli NUTE.

    Semua cadangan dan syor syor yang telah dihantar ke Ibupejabat pada 27.07.2009 telah diteliti, namun Pegawai-Pegawai Kanan NUTE telah bersependapat dan bersetuju dengan ketetapan yang telah disyorkan oleh pihak Pengurusan TM, seperti berikut :

    a) Kenaikan Gaji sebanyak 15%
    b) Elaun COLA dinaikan kepada RM 250.00
    c) Bantuan Perumahan dinaikan ke RM 300.00
    d) Umur Persaraan ke 56 tahun (berkuatkuasa 1.1.2010)
    e) Kenaikan Tahunan Gaji – mengikut Prestasi anggota.
    f) Pembayaran Bonus mengikut Prestasi Anggota
    g) Cuti Tahunan diselaraskan kepada 30 hari dalam setahun
    h) Cuti Ehsan diseragamkan kepada 12 hari dalam setahun



    Bagi pihak Pegawai-Pegawai Kanan NUTE, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan beberapa perkara penambahbaikan kepada Pengurusan dan Ahli Ahli NUTE, diantaranya adalah seperti berikut :

    a) Faedah Persaraan dikurangkan dari RM 500 kepada RM 200
    b) Biasiswa NUTE kepada anak-anak Ahli Dihapuskan
    c) Faedah Kematian ditamatkan serta merta

    Seterusnya Ibu Pejabat NUTE akan mengadakan program turun padang untuk menerangkan isu-isu semasa dan di harapkan semua warga kerja NUTE terutama ahli-ahli NUTE agar bersabar dan memberi kepercayaan kepada saf kepimpinan NUTE.

    Sekiranya saudara/saudari mempunyai masalah/kemusykilan saudara/saudari juga boleh menghubungi Ibu Pejabat NUTE di no. tel: 03-2282 5350, 03-2282 1599 atau berbicara melalui email nute@streamyx.com

    Kerjasama saudara/saudari dalam menangani perkara ini amatlah disanjungi dan di ucapkan jutaan terima kasih.


    ZULKIPLI B. NOOH
    Setiausaha Agung NUTE

    sk : Sdra. Presiden NUTE ( Jaafar Majid )

    ReplyDelete