Saturday, September 11, 2010

UMNO Tidak Perlukan PERKASA, PERKASA Tidak Perlukan UMNO

Berita yang mentertawakan pembaca akhbar apabila dua kucing bergaduh di depan tuannya, pada hal pergaduhan itu tidak pun memberi kesan pun kepada saya dan ramai pembaca akhbar lain.

Apa tidaknya? Satu badan politik, satu NGO. Apa ada kena mengena?

Yang aku nampak Datuk Seri Tengku Adnan sangat cemburu dengan PERKASA kerana dikatakan PERKASA menjejaskan sokongan bukan Melayu kepada BN. Ya ke? Dan seperti biasa parti-parti komponen BN yang lain jadi pak turut, meng-ya-kan saja cakap UMNO tu.

Tapi aku tak tahu, adakah kenyataan Tengku Adnan tu mewakili BN kerana kenyataan itu bukan dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib selaku Presiden BN.

Jadi betullah kata Ibrahim Ali yang mengatakan yang PERKASA tidak memerlukan sokongan UMNO, ia hanya memerlukan sokongan ahli-ahlinya. Logik, UMNO itu politik, PERKASA itu NGO.

Tapi aku sangat sokong kenyataan Dr Mahathir iaitu UMNO perlukan PERKASA, dan UMNO jangan menjauhkan diri dengan PERKASA kerana ahli-ahli PERKASA terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu.

Aku teringat satu pepatah asing, kalau tak silap pepatah China yang menyebut, "kalau kita nak kalahkan musuh maka hendaklah kita berbaik-baik dengan musuh."

Jadi kenyataan Tengku Adnan sebenarnya silap besar. Lupa ke slogan "rakyat diutamakan?" Adakah UMNO dan PERKASA itu bukan rakyat. Adakah mereka ini bukan penentu kejayaan BN dalam pilihan raya akan datang? Adakah dengan satu undi sahaja sudah cukup untuk BN kalah atau menang?

Sebenarnya kenyataan Tengku Adnan itu memberi "advantage" kepada PERKASA sendiri. Ini kerana secara tak langsung, BN mengakui pengaruh PERKASA dalam politik Malaysia. Dan ia juga akan menarik simpati orang ramai kepada PERKASA kerana diperlekehkan oleh UMNO.

UMNO sepatutnya berbaik-baik dan bukannya bermusuh dengan PERKASA. Gunakan kekuatan PERKASA bagi menguatkan lagi BN, bukan melemahkan UMNO dan BN.

Mungkin Tengku Adnan tidak sedar ramai pemimpin PERKASA di peringkat cawangan adalah juga pemimpin UMNO. Jadi kenyataan ini akan mengelirukan pemimpin UMNO yang menjadi pemimpin PERKASA. Cuba kita fikirkan baik-baik....

Kesimpulannya, janganlah Tengku Adnan bersikap angkuh dan membuat kenyataan yang boleh melukakan hati orang Melayu yang berada dalam UMNO dan PERKASA. Peganglah kenyataan Datuk Seri Najib: "rakyat diutamakan", bukan "diri sendiri diutamakan".

2 comments:

  1. Inilah masalah orang kita . Tak tahu nak bezakan antara politik dan rasa kekitaan. Entahlah.Macam orang Pas tak tahu nak bezakan antara politik dan ugama.

    ReplyDelete
  2. perkasa merupakan suara rakyat bkn shja kerana melayu tetapi dmi islam n malaysia...tidak kira kita di parti mane n Ngo mane pun mengapa perlu bertelagah?kita seharusnya bersatu padu dmi kedaulatan ngra!!maaf kalo ad yg menyinggungg

    ReplyDelete