Monday, September 20, 2010

Perkasa Akan Tentukan Melayu Mana Akan Menang!

Adakah saudara percaya, Perkasa akan menentukan Melayu mana yang akan menang dalam pilihahraya akan datang? Melayu mana? Tentulah Melayu-UMNO, atau Melayu-Keadilan, atau Melayu-PAS.

Tapi nampaknya Melayu-UMNO siang-siang lagi telah menolak UMNO. Itu yang dikatakan oleh Tengku Adnan baru-baru ini semasa mempengerusikan satu mesyuarat BN. Satu kenyataan atau keputusan tidak strategik. Lebih mencemaskan apabila Ibrahim Ali pula mengeluarkan kenyataan yang lebih strategik--Perkasa belum bersedia memberi sokongan kepada mana-mana parti politik.

Tahniah Datuk Ibrahim Ali. Itu kenyataan beramaran Perkasa kepada mana-mana parti politik yang mahu memperlekehkan peranan NGO yang pro-Melayu. Maksud Ibrahim Ali senang je--secara logik, orang Melayu tidak harus menentang Perkasa NGO yang pro-Melayu. Sekurang-kurangnya berilah sokongan moral kepada Perkasa yang tidak menagih simpati parti-parti politik. Jangan sebutlah parti-parti politik lain yang bukan Melayu.

Buat masa ini, Melayu-Keadilan dan Melayu-Pas lebih strategis daripada Melayu-UMNO, tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan diri sendiri seperti Melayu-UMNO, khususnya kenyataan Tengku Adnan. Ini secara tak langsung memberi advantage kepada Keadilan dan PAS dalam arena berpolitik.

Kesimpulannya, semua parti politik yang ada orang Melayu, sokonglah perjuangan Perkasa demi kepentingan dan survival orang-orang Melayu. Perkasa tidak berniat untuk merosakkan Melayu. Jadi pesanan Dr. Mahathir supaya kita tidak menjauhkan diri daripada Perkasa adalah relevan.

1 comment:

  1. Saya sebenarnya sudah tidak percaya kelebihan/keistimewaan yang diberikan pada bangsa Melayu akan menjadi semangat sebenar untuk membantu Melayu. Bekas Timbalan Perdana Menteri dulu, Tun Dr Ismail menganggap keistimewaan ini merupakn satu bentuk penghinaan kepada orang Melayu, seolah-oleh orang Melayu tidak boleh berdikari.

    Persoalannya selepas berpuluh tahun dasar untuk membantu orang Melayu ini diperkenalkan, adakan ini benar-benar membantu Melayu kebanyakan atau Melayu elit? Orang Cina yang tidak dibantu masih menguasai setiap bidang berbanding Melayu, kenapa? Sedangkan tiada dasar di dalam perlembagaan yang menyebelahi meraka. Kenapa Melayu masih terkebelakang? Kenapa hanya beberapa kerat Melayu sahaja yang kaya? Persoalan-perssoalan ini masih gagal dijawab oleh Umno. Ini kerana bukan dasar yang menggagalkan, tetapi perlaksanaannya yang banyak kepincangan. Saya akan lebih selesa jika PERKASA dan semua NGO Melayu, mempersoalkan kaedah perlaksanaan dasar ini kerana ini adalah pemboleh ubah yang sering dimanipulasikan, dan bukannya dasar. Dasar akan tetap kukuh seperti yang termaktub dalam perlembagaan Negara.

    Mengenai PERKASA. Orang Melayu bersifat sentimental, lalu, selalu terkeliru dengan sentiment bangsa dan agama, tanpa banyak berfikir mengenai pengalaman lalu, dan apa yang akan terjadi kelak. Jadi, jika ada NGO seperti PERKASA memainkan sentiment seperti ini, Melayu akan mudah tersentuh. Saya tidak mahu mempersoalkan keikhlasan PERKASA, kerana saya tidak tahu apa sebenarnya niat disebalik perjuangan mereka.

    Cuma apa yang saya tahu ini, ahli PERKASA kebanyakannya orang Melayu – UMNO. Golongan Melayu yang agak konservtif. Dan golongan ini juga merupakan golongan majoriti Melayu di antara Melayu. Tidak boleh dinafikan, BN masih berkuasa kerana sokongan orang Melayu ini dari parti UMNO. Tempiasnya terkena kepada ahli kompenan yang lain dari semenanjung, termasuk MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Tidak keterlaluan saya katakan, kuasa yang mereka ada kini, kerana sokongan orang Melayu pada UMNO, oleh sebab itu BN masih lagi berkuasa. Parti kompenan lain, selain dari UMNO hampir tiada “bargaining power” untuk menyatakan bantahan mereka pada mana-mana NGO Melayu, kerana mereka tahu, mereka masih berkuasa kerana orang Melayu.

    UMNO hampir tiada pilihan selain dari merapatkan hubungan mereka dengan orang/pertubuhan Melayu, kerana ini saja yang boleh dilihat untuk menjamin survival UMNO dan BN.

    Andaian – walaupun kerajaan mengharamkan PERKASA, melontar Datuk Ibrahim Ali ke ISA sehinggalah ketahap menyumbat Tun Mahathir juga ke ISA, adakan kita pasti Cina dan India akan kembali menyokong MCA, MIC, Gerakan dan PPP? Pasti tidak, kerana mereka sudah selesa dengan Pakatan Rakyat. Persoalannya, apa usaha sebenar yang dilakukan oleh parti kompenan lain untuk meraih sokongan pengundi lama mereka? Saya tidak Nampak ada usaha yang benar-benar kuat dan berkesan.

    Kesimpulannya, kerajaan tidak mempunyai pilihan, selain dari meraih sokongan dari orang Melayu senbanyak-banyaknya, samada dari PERKASA atau dari NGO Melayu yang lain, walaupun terpaksa mengorbankankan golongan. Corak pemikiran orang Melayu dan bukan Melayu sekarang sudah berubah. Kuasa UMNO – BN akan terus ditentukan oleh orang Melayu, jadi kenapa mahu sisihkan golongan ini?

    ReplyDelete