Tuesday, September 14, 2010

Kenapa Memusuhi Perkasa?

Kenapa Memusuhi Perkasa?
Oleh: Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang ditubuhkan dengan hasrat mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bumiputera di dalam Perlembagaan terus dipandang serong.

Entah mengapa sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu akan dilihat rasis. Ertinya, seorang Melayu tidak kira siapapun tidak lagi boleh bercakap soal hak dan kedudukan mereka sebagai orang Melayu.

Kalau mereka bercakap soal itu, maka mereka dianggap rasis dan perlu dijauhi, itulah yang dialami oleh Perkasa sekarang.

Apa yang anehnya sebelum ini apabila wujudnya pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan sesuatu kaum seperti Hindraf, Siqui dan Dong Zhong tidak pula dilihat sebagai rasis.

Malahan tidak ada satu pun parti politik sama ada di dalam kerajaan mahupun pembangkang membuat kenyataan meminta pertubuhan-pertubuhan berkenaan dijauhi.

Namun yang peliknya apabila menyentuh soal Perkasa, semua parti-parti tersebut hatta UMNO sekalipun mahu menjauhinya. Semuanya kerana bimbang dituduh rasis memandangkan ia ada kaitan dengan orang Melayu.

Sebenarnya ia tidak menguntungkan orang Melayu, malahan ia akan menyemarakkan lagi semangat puak-puak tertentu untuk terus menyentuh apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan.

Mereka boleh berbuat demikian kerana yakin apa yang diperjuangkan oleh Perkasa tidak akan dibela oleh mana-mana parti politik Melayu sama ada UMNO mahupun Pas.

Keadaan itu berlaku kerana Perkasa dilihat sama taraf dengan Hindraf, Perkasa dianggap rasis dan Perkasa dituduh puak pelampau.

Tetapi adakah tuduhan yang sama pernah dilemparkan kepada Siqui, Dong Zhong dan Hindraf. Perkasa tidak pernah membuat tuntutan seperti mana ketiga-tiga pertubuhan berkenaan.

Tidak pernah pula sepanjang kewujudannya, Perkasa berarak ke Kedutaan Britain bagi menuntut kerajaan negara itu membayar pampasan kepada orang Melayu terhadap apa yang berlaku ketika zaman penjajahan dahulu, tetapi ia pernah dilakukan oleh Hindraf bagi kaum India, yang jelas bersifat perkauman.

Ketika itu, tidak ada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) atau pembangkang menyanggah Hindraf, Siqui atau Dong Zhong.

Malahan penulis masih ingat sebelum pilihan raya umum lalu ketika menemuramah seorang pemimpin kanan MIC, beliau meminta penulis jangan siarkan kenyataannya mengkritik Hindraf, katanya takut orang India marah.

Begitu juga MCA dan Gerakan, apakah pernah mereka membawa usul supaya BN menjauhi Siqui dan Dong Zhong? Tetapi kenapa apabila menyentuh soal Perkasa, pendirian mereka berbeza?

Apakah kerana Perkasa memperjuangkan hak Melayu dan bumiputera maka ia dilihat salah dan terlalu perkauman?

Kita jangan lupa apabila parti-parti komponen BN terutamanya Gerakan, MCA dan MIC memperoleh keputusan buruk dalam pilihan raya umum, mereka menyalahkan UMNO. Mereka kata UMNO terlalu dominan, ertinya sebuah parti Melayu disalahkan.

Sekarang mereka mencari alasan lebih awal dengan meminta supaya Perkasa yang jelas memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu di dalam Perlembagaan dijauhi. Nampaknya misi mereka berjaya.

Persoalannya, apakah ini akan menguntungkan kerajaan atau lebih tepat orang Melayu? Apakah dengan menjauhi Perkasa, ia boleh memberi jaminan bahawa komponen-komponen BN itu akan mencapai kejayaan dalam pilihan raya nanti?

Sekarang ini pun, awal-awal lagi Parti Gerakan di Pulau Pinang sudah meramalkan DAP akan terus memerintah Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, ertinya mereka sudah mengalah lebih awal. Apakah ramalan itu dibuat kerana Perkasa begitu kukuh di Pulau Pinang?

Kalau awal-awal lagi sudah mengaku kalah, tidak perlulah pucuk pimpinan BN memberi kerusi kepada Gerakan untuk bertanding, lebih baik serahkan kepada UMNO atau parti lain yang ingin berjuang habis-habisan.

Apa yang ingin disampaikan ialah jika sesebuah parti itu kalah di dalam pilihan raya, ia bukan kerana orang lain tetapi disebabkan kelemahan kepimpinan parti itu sendiri.

Jadi, janganlah cuba menjadikan Perkasa sebagai kambing hitam. Bukanlah suatu rahsia lagi bagaimana MCA, Gerakan atau MIC malahan UMNO (di sesetengah negeri) belum mampu mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya.

Oleh itu, apabila Perkasa cuba dijauhi ia sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya yang akan mengalami kerugian besar ialah orang Melayu.

Perkasa bukannya parti politik, Perkasa seperti mana kata Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan kepada penulis, pertubuhan itu hanya mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kita menentang usaha mewujudkan Perlembagaan baru, Dasar Ekonomi Baru (DEB) digugat dan mempertahankan kontrak sosial, itu yang kita buat, kita tidak menentang mana-mana kaum, tetapi kenapa kami harus menjadi mangsa?," kata Ibrahim.

Justeru, jika Perkasa cuba dijauhi dan dimusuhi, maka orang Melayu akan berpecah lagi. Setelah sebelum ini, orang Melayu sudah berpecah ke dalam UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan atas pagar, kini wujud pula puak yang menyokong Perkasa.

Kesudahannya siapa yang lemah? Sudah tentu orang Melayu. Sebab itulah, sementara kita menentang sebarang perjuangan mempertahankan hak sesuatu kaum secara keterlaluan seperti dilakukan oleh Hindraf dalam masa yang sama, kita juga perlu mengelak daripada terperangkap dalam politik licik mana-mana pihak yang mahu melemahkan kuasa politik Melayu secara tersirat.

Adalah lebih baik jika Perkasa tidak dimusuhi sebaliknya diajak berbincang mengenai apa yang mereka perjuangkan. Orang Melayu tidak mendapat apa-apa faedah jika Perkasa mewujudkan sebuah lagi pakatan politik, sebaliknya hanya akan menyebabkan kuasa politik Melayu semakin berkurangan kerana perpecahan yang berlaku.

Jika ini terjadi, maka sudah pasti semakin banyak pihak yang akan 'naik tocang' dan membuat tuntutan yang bukan-bukan sehinggakan Perlembagaan negara pun mahu ditulis semula.

Ingatlah pesanan Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai isu Perkasa. Antara lain beliau berkata, "Oleh kerana kita (BN dan UMNO) memerlukan sokongan daripada seberapa ramai orang, tidak perlulah kita bermusuh dengan orang. Ia langsung tidak memberi sebarang faedah dan keuntungan."


Sumber: Utusan Malaysia, Selasa 14, September 2010

2 comments:

  1. Aku sokong sgt dengan perjuangan nie, tapi aku kongsi sikit dengan member2 di SeMalaysia, Di dalam syarikat Telekom Malaysia nie ada 2 orang yang cukup terkenal dengan PRO-AL-JUBURI, mereka adalah

    1. Syed Ibrahim Syed Noh (AGM TM merangkap Pengerusi GMI dan MAFREL)
    2. Mohd Jafar Majid ( PRESIDEN NUTE & ahli umno keramat) - tapi hantu UMNO dan pro Azmin Ali & the geng.

    so mereka nie adalah talam dua muka didalam syarikat (pro kerajaan) tapi diluar, hentam kerajaan dan penyokong kuat kalau ANWAR jadi PM.

    Jafar Majid nie, menggunakan kuasanya untuk "tap" apa saja maklumat yang berkaitan dengan semua orang (maklumat sulit kerajaan) & jual pada Team PKR, paling bangsat lagi, adalah dia nie pengikut setia MP BATU....


    HANCURKAN MEREKA INI!!!!

    ReplyDelete
  2. parti parti bertunjangkan org melayu kena bersatu kalau tidak mahu melihat anak cucu kita nnt merempat di tanahair sendiri...skrg nie pun dah nampak..saya sygkan org melayu dan islam....tlg lah...

    ReplyDelete